iklan


Wednesday, March 23, 2011

teman

teman..
sinarmu bagai mentari..
menyuluh malap,
menerangi maya..

tawamu..
gemersik irama,
mendendang qalbu..
bahasa songsang,
yang kau nukilkan..
mengukir senyuman,
di wajah usang..

Syukur padamu tuhan..
menjadikan dirimu,
sebahagian dariku..

walau derita meranap jasad,
di bumi kembara..
kehadiran mu,
merawat lara..

dan terima kasih teman,
memberikan ruang bagiku,
di sudut kehidupanmu..
luv u all...

sahabatku

terukir tawa,
kala terkenang kamu..

walau sebak di dada,
kala merinduimu..

Sahabatku..
kau hadir menyapa,
di saat semua pergi
menyisihkanku..
kau mencura kasih,
di saat semua lari,
membenci diriku..

Dan di kala aku
di jatuhkan,
kau mendorong daku..
menepis tohmahan,
yang kian mendatang..

Sahabatku..
ketulusanmu,
mengajar daku
erti keindahan..
kedegilanmu,
mengajar daku
erti pendirian..

kau teman,
di saat parah..
kau guru di saat,
perlu..
kau mercu,
inspirasiku..
di saat berjauhan..

Thank you so much, bro..

Sunday, March 20, 2011

hambar

Kala ini,
dapat ku rasa..
di belengu waktu,
seakan hanyut,
di lautan mimpi..

hari brlalu,
mengenap masa..
di benak meraung,
rasa ketakutan..

tersungkur sepi,
di rantai janji..
menanti sinar,
di kepekatan malap..

rindu membisik,
menagih janji..
mengharap ketentuan,
yang di nukilkan..

Kala ini..

terasa kasih,
yang ku tautkan padamu,

hambar..

sedang hari di perhitungkan,
kasih bagai di perjudikan..

seandainya,
tak mampu ku gapai..
menyaksikan,
ikatan ini terlucut jatuh,
sekian kalinya..
kejurang kegagalan..
penuh duri,
celaan..
Sungguh itu di luar kesanggupanku..

duhai yang maha tahu..
bangunkan aku dari mimpi ini..
agar dapat ku menghirup,
seberkas sinar harapan..
setitis erti kehidupan..

jodoh

Satu masa pasti,
bisa di mengerti..
satu masa pasti, termetri..

walau bukan esok..
walau bukan semalam..
satu masa pasti dikecapi..

tenang,
airmata berlenang..
sabar,
walau rasa
janggal..
tak kan bisa memaksa,
walau cuma sejengkal..

fikir,
dan cuba zikir..
pasti akan berakhir...

mendongak kelangit,
kemudian jerit..
bertanya apa, yang kau mahukan..
jika ada jawapan,
maka itu di luar kewarasan..

Jangan cuba menyangkal..
Pasti akan gagal..
tadah telapak tangan mu..
Pinta apa mahumu..
pasti akan nikmati,
walau tak memiliki..

berdiri saja di situ..
jangan pula terpaku..

nantikan, hadirnya..
membawa,
keindahan..
jangan di agungkan..
tak semua indah itu kebahagian..
kadang keindahan membawa kemusnahan..

Sunday, March 13, 2011

aku jua insan

cuak ku mencoba,
berlari dan berlari..
namun masih diiringi,
luka yg sering di lukai...
menggapai mimpi,
bagai yang ku harapkan..
hanya tinggal mimpi,
jauh dari sudut realiti yang pasti..


seringkali,
ku di hempas ke bumi..
hanya kerana,
derita hidup menjadi jalan..
tohmahan..
cacian..
Penghinaan..
menjadi teman..


haruskah aku di letak ke bawah..
hanya kerna jalan hidup derita..
puaskah hati mereka..
yang tak punya rasa..
mempersenda..
mencerca..
sehingga retak, kasih sesama..


bukan pintaku,takdir buatku..
aku jua insan,tak punya apa..
bukan siapa..
insan mengharapkan ruang,
walau jauh di sudut dunia..
bukan mengharap ehsan,
mahupun meminta2..

Friday, March 11, 2011

ku damba dikau di sana

Perlahan ku menyisih,
deraian air mata...
bersandar pada luka,
berdarah tak berwarna..

dari wajah,
tampak kepahitan..
merudung ketandusan,
Jasad yang kehausan..

sedang pada mereka,
ku mengukir senyuman..
walau berkocak nestapa,
jiwa yang kekalutan..

harapan
yang goyah,
bertaut pada ranting..
dan mungkin bisa patah,
andai di tiup bayu..

kasih..
kiranya takdir,
terpisah di dunia yang fana..
Izinkan ku damba
dikau di sana..

dan relakan cintamu,
bersarang di hati..
agar dapat kulayari,
sisa hayat ini..

Monday, February 21, 2011

guru


guru..
masih berngiyang,
suara mu di hati ini..
mengilap kejahilan,
merintis kemusykilan..

Bait2 makna, 
yang kau bisikkan.
Sehingga kini,
menjadi jalan, 
meniti kemungkinan..

dan di benak ini,
tersimpul kerinduan,
padamu..

Kerinduan
pada amarah mu,
yg mendorong ku,
di saat ku kaku..

Kerinduan
pada rotan mu
yang mengajar ku,
erti kekuatan,
bukan ketakutan,

Duhai guru..
sekelumit keihklasan,
yang kau titiskan..
tak akan bisa,
kumembalasnya..
walau ku selami,
permata di lautan..
untuk di jadikan,
hamparan jasa2mu..

kerna kasih, 
yang kau titiskan,
menyingkap dahaga,
akal yang kehausan..
dan
untuk ke sekian kalinya..
ku mewacanakan,
terima kasih guru..

Sunday, February 13, 2011

segenap rindu

Dibias kenangan,
dari segenap rindu..
bertalu ratapan,
di medan air mata..

hati yang kabut,
Seakan kalut
bagai si pungguk..
merindui rembulan..

tiada tawa,
menghiasi wajah..
hanya nestapa,
yang kian membuncah,

Sepi melanda,
membelengu rasa..
di jiwa yg bersarang,
gejolak kerinduan..

hanya mampu,
ku sandarkan
sekelumit harapan..
walau luas lautan,
yang menjadi batasan..

dan akan ku terus,
melayari mimpi..
walaupun jauh,
di sudut realiti..
kerna kasih padamu,
tak punya limitasi..

Thursday, February 10, 2011

aku masih disini

Aku masih disini..
menanti hadirmu,
mengotakan janji..
tersungkur kehausan,
berpaut pada madah
yang dulu kau ungkapkan...

Aku disini..
dahagakan cintamu,
di persisiran tandus
seakan tiada erti..

yang hanya berteman
hembusan bayu,
menyusup ke hati..
Seakan suara mu,
membisikan harapan..

bayu meniup,
mengoncang pepohonan..
dedaun berguguran,
di sulami nestapa..

wajah yang sepi,
di silang air mata
membasahi bumi,
merawat hati luka..

disini aku, masih aku...
Sang pengemis cintamu,
Sang penagih janjimu..
sang pendamba kasihmu,

Akan ku terus menanti hadirmu
walau diranap waktu..
walau di hempas ombak,
gelora di hatimu..


dan biarkan aku disini,
sehingga berpusara..
mendambakan cintamu,
hingga ke hujung waktu...



Monday, February 7, 2011

definisi cinta





Tersentak aku,
di kala kau mencoba,
mendefinisikan cinta..
melontar kata2
dengan menurut rasa..

Di kala itu jua,
aku bagai di tampar,
sebuah  kenyataan,
yang tak punya kesudahan..

kasih sayang bagimu,
tidak punya erti,
dan tidak menjaminkan
masa hadapan..

Kasih sayang bagimu,
tak punya apa2
andai tidak menjanjikan
intan dan permata,

dan kata2 mu,
meluluh hati membenam cinta,
yang lama ku tautkan
rasa kasih padamu..

di kala itu,
Seakan hati berbelah bagi..
menelan kepahitan,
bahasa kau lontarkan..

dan jika itu maksudmu...
ternyata kau salah
mendefinisikan cinta...

kerna cinta yang kau maksudkan..
tidak bersyarat,
bagai yang kau madahkan..

di saat itu,
sesal menerpah dari sudut kemelut..
kerna terlanjur cinta pada insan..
yang penuh kepalsuan..

waktu..






Hari demi hari,
berlalu pergi..
mencoret kenangan,
mewarnai waktu..

dalam sedar,
aku termenung..
mengimbas waktu,
menyingkap memori...

namun kekalutan,
meranap bhagia..
meninggalkan nestapa,
membakar sisa asa..

mengenangkan masa,
yang kian berlalu..
yang kini telah pergi,
yang pasti tak kembali..

di sudut kesepian,
ku mengeluh kesakitan..
menahan rasa ngilu,
Yang membeku di kalbu..

di sudut mata ini,
tersingkap kepahitan..
walau di bibir ini,
menampak kan senyuman,

meyakinkan dunia,
aku bisa berdiri..
walau waktu,
tidak lagi mengerti..

Sunday, February 6, 2011

pantai puteri

Di sini seakan emosi, di buai mimpi..
Menyaksikan lautan, di pantai puteri..

Deruan ombak, seakan bersahutan..
Bak dentuman
rabbani,
di bumi malacca..

Pepohonan rhu,
indah di persisiran..
Melambai pada laut, menyangkal bayu kian mendatang..

Ditepian ini ku menyendiri,
menatap langit berbisik pada malam, berkata pada bintang..

Duhai alam, di sudut kelam..
Membelai daku, menjanjikan harapan..
Yang kian rapuh
Di bumi kembara..

trima kasih tuhan..
Menghulur ehsan,
Di saat jiwa,
di mamang kekalutan..

Sunday, January 30, 2011

meniti janji"

Dalam termanggu,
aku membisu..
Menanti bayangmu,
tak kunjung tiba..

Ku mendakap sepi,
membeku di hati..
Menagih cinta mu,
meniti janji..

ku memandang lautan,
yang menjadi saksi..
ombak menghempas,
merubah pantai..
seolah alam turut mrasa,
nestapa yang membuncah..

menanti dan terus menanti mu..
meranap sisa hayatku..
terikat pada janji,
kezaliman cintamu..

kini di sudut dunia,
Ku terasing sepi..
Mengharap hadirmu,
membelai sanubari..

Namun, hambar..
kau pergi tanpa khabar..
membawa kehidupan,
meninggalkan harapan,
yang kian punah,
di mamang usia..

Saturday, January 29, 2011

permata yang sirna.



kau bagai permata yang sirna,
terbiar bergolek di kaki lima..
tak ternilai dirimu pada makna,
namun tak bernilai pada zahirnya..
...alangkah indahnya dirimu,
jika hijab menjuntai hingga juyub,
di hiasi jilbab wasyi' ilal asfal,
menyukakan tuhanmu..

tidak takut kah kamu pada tuhan,
sehingga kamu bisa mengingkarinya..

duhai hawa..
sedangkan besi di ranap api..
inikan pula selembut sutera..

renungkanlah
..

Friday, January 28, 2011

sayang ummi


Ummi..
Jika ummi brtanya padaku tentang sayang..

Keluh lidah anakmu untuk menyatakan nya..

walau hakikatnya
di dada anakmu
bersarang rasa rindu
yg mendalam..

Ummi..
di mana hati anakmu jika tidak tersirat kecintaan padamu..

ummi...
rasa rindu yang yang ummi tanyakan menggumpal di dada..
Bagai bara membakar hati..
setelah sekian lama terpisah,

Hanya mampu
membawa diri menyangkal kerinduan pada hati mendahagakan kasih sayang ummi..

Ummi..
di sini tiada bahu bisa ku sandar keluhan hati..

tiada tangan bisa membimbing bila tersungkur ke dasar kealpaan..

Dan mutiara kasih yang ummi bisikkan ke telinga ku..
menyusup kalbu menjadi jalan..

Ummi..
Pada mula Aku mengenal erti
sayang,
kerna sayang yang ummi hulurkan..

Jika sayang menjadi persoalan..
Pasti ummi yang terlintas di hati..

kerna aku tahu tiada insan yang boleh menyayangi ku seperti ummi..
walau masa di putar kembali..

Sayang ummi sangat2..
Lup u so much mom..

Thursday, January 27, 2011

menanti pelangi


Ku menyusuri waktu, di persisiran tandus..
berpijak pada jejak kaki menghias pantai..
sayup kedengaran bayu membelai kalbu..

ku berlari ke laut, menjejak realiti..
menjerit tangisan ku tersungkur ke bumi..

ku membahas amarah, menyalahkan langit.. menuduh sang mentari..

Namun...
tiada sahutan,
cuma yang kedengaran, kicauan sang merpati..
seolah menyindir ku..

aku malu pada alam yang menjadi saksi..
aku malu pada hidup yang menemani..

Hhmmm..

masih adakah kesempatan walau sekadar harapan untuk ku sahut melayari hayatku...

setelah dosa lalu bgai buih dilautan mewarnai waktu ku..

Tuhan ..

masih adakah pelangi,
setelah deruan hujan meragut mentari..

Friday, January 21, 2011

terus menanti..



sendiri berpeluk tubuh,
menahan gejolak jiwa yang sakit..
memaku pandangan mengiringi
senja yang membenam mentari..

tenang ku mengusap,
deraian air mata..
yang mula bergenang tanpa

ku sedari..

di hati yang kusut ku menyangkal
ratapan, namun di akal bergelut
kekalutan fikiran...

jujur ku nyatakan..
hidup ku di bayangi saat pemergian mu..
kau pergi tanpa pesan membawa harapan
yang dulu kau ukirkan di persada cinta ku..

kau menghilang bagai buih di lautan..
kau bagai mentari, di benam senja
yang menanti malam, ke sudut yang kelam..

dan aku di sini akan terus menanti
dan terus menanti..
bertaut pada kenangan,
sebuah kesinambungan cinta
dan asmara  mu..
yang dulu kau bisikkan..

Thursday, January 20, 2011

rindu dan dendam

di keheningan malam ini..
terasa dingin di hembus bayu
bagai meraut hati yang resah..
mengulit kenangan, mimpi semalam..

di dalam sendu, ku sandarkan jasad
terpaku kelayuan menatapi potret mu..

di dalam keperitan,
ku memendam dendam,
bersulam kerinduan yang bagai hempedu..

kau hamparkan cintaku pada tangisan
cinta yang dulu ingin kau bawa bersama
ke hujung kehidupan bagai katamu,,
cinta yang dulu kau janjikan yang kini
kau tinggalkan bak hambar kerapuan..

aku lelah memendam amarah..
meniti kehidupan ku lalui tanpamu,

pergi mu membawa kehidupan ku..
meragut senyuman di wajah sepi ku..

aku yang hanya hidup membawa dendam
bersulam kerinduan ...

tolong mengerti aku..

Mencampak kan nilai ke egoan sang lelaki, bukan lah perkara yang mudah,

seperti menyisi airmata rajuk seorang wanita..

dan andainya bukan krana kasih padamu, itu tak mungkin bisa..

aku tidak mengharapkan dirimu buatku.. tapi aku perlu kamu di sampingku..
utk bersama ku.. utk mendorong ku di saat kaku..
utk membelai ku di saat ku layu..

aku jua tdak mengharapkan keindahan cintamu bak pelangi menghiasi hayatku,

aku cuma mengharapkan sebujur cahaya walau iya hanya sekadar di penjuru hatimu, tuk menerangi
kelam ku..

tidak juga mengharapkan selautan kasihmu, yang mungkin bisa menengelamkan ku ke dasar keduniaan..

namun aku memerlukan kasih mu, walau cuma setitis keihklasan menyelinap ke rongga ku, menghapus dahaga, di pusara yang
tandus..

aku mohon sekelumit rasa darimu tolong mengerti aku..

kerna aku hanya ada kamu, dan hanya ingin kamu, menutup kelopak mataku.. di saat seru, memanggil daku..

kau kejam..

Di sini ku terpaku menggengam hati yang berdarah..

jiwa Meraung menyisi air mata menahan kesakitan yang bagai Di hiris belati kepalsuan cinta asmara mu..

tak terlintas di buah kawarasan, sekilas kasih yang dulu kau bisik kan, menenggelamkan daku ke dasar kemusnahan..

kau kejam..

cinta yang ku ibaratkan dian penyinar alam maya ku, membakar daku menjadu debu yang tak punya arah dan tujuan

terumbang ambing di tiup penyesalan tanpa pengertian ke sudut kelam, tanpa sinar harapan...

ketergamakan mu membuat ku menanti sinar, yang seakan sirna di pertengahan..

Saturday, January 8, 2011

hanya utkmu

jauh ku telusuri ..
Ranjau hidup yang goyah..
Keseorangan menjejaki maya..
berpeluk tubuh bila nestapa mula membuncah..

Tiada sahabat, mahupun kawan hanya yang menemani suatu kepahitan..

Tiada belaian mengusap dahi,
Mahupun kasih mendakap hati..
cuma yang menemani duri dan ranjau meracun harapan meraut sanubari merudung kesakitan..

Namun hadir mu, merubah segala.. dikala itu membawa cinta menyisih duka..
bagai hujan menyirami dahaga..
dan kasih yang kau titiskan mewarnai hari2ku.. bagai pelangi setelah airmata..

tiada keindahan selain diri mu..
kerna tiada apa selain dari mu..

tiada nestapa mampu mengoyah, di saat kau mula mengengam jemari2 ku..

kau mengisi kekosongan hidupku,
dengan setitis
harapan..

kini ku terus mengengam erat tangan mu..
walau mustahil utk ku memetik kejora menghiasi cinta mu, menyulam buih2 di lautan utk ku jadikan hamparan kasih sayangmu..
hanya mampu ku terus mencintai mu,
dan terus mencintai mu, menghabiskan sisa2 hidupku..
bernafas pada nafasmu, dan hanya utk mu..