iklan


Sunday, December 5, 2010

sebuah janji dari seorang hamba

Wahai hamba allah...
bangun lah dari lena mu...
lupa kah kau pada janjimu...
lupa kah kau asal usul mu...

Wahai hamba allah...
ingatkah kau pada tuhanmu..
tuhan yg menjadikan kau dan aku...
tuhan yg kau lupakan, tatkala kau memakan pemberianya..
Kau berpijak di bumi nya...

Wahai hamba allah...
masih ingatkah kau pada tangisan mu..
sewaktu dia, menghembuskan kau ke perut ibumu...

Wahai hamba allah...
lupakah kau pada katamu..
lupakah kau pada keengganan mu berpisah dengan tuhanmu...

Wahai hamba allah...
lupa kah kau pada syurga, sehingga kau menyanjung dunia yg kau tak akan miliki walau kau tersungkur mengejarnya..
dunia yg akan menghukum mu sekiranya kau tersalah langkah...
dunia yg akan melupakan mu apabila kau meninggalkanya..

Wahai hamba allah...
kau terlalu mencintai kehidupan, sehingga kau terlupa akan kematian...
kau sibukkan dirimu dengan keduniaan...
kau tinggalkan janji mu hanya dengan alasan, sibuk mencari nafkah untuk kehidupan...
Juga pada masa yg sama kau terlupa akan maksud kehidupan...

Wahai hamba allah..
tuntutlah keredaan allah, sebelum allah menuntut jasad yg hanya pinjaman darinya..

(Subahanallah..) Maha suci allah..

No comments:

Post a Comment